Sunday, September 18, 2011

Hati Dan Dimensi Dalaman - Siri II

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.,
Berikut adalah sambungan pengisian di blog ini daripada pengisian yang lepas iaitu Hati dan Dimensi Dalaman Siri I. Semoga pengisian di Siri II ini dapat menjelaskan lagi persoalan-persoalan di hati kalian. Selamat Membaca.

Al-Fu’ad: Merupakan dimensi ketiga hati yang adalah tempat kepada pandangan hati (ru’yah) dan ma’rifah (pengenalan). Perbezaan dan kelebihan Fu’ad berbanding dengan Qalb ialah dengan adanya Fu’ad, seseorang itu dibukakan hijab. Dia akan dapat melihat terus realiti kepada sesuatu perkara. Manakala Qalb pula, seseorang itu hanya sekadar mengetahui sesuatu dengan ilmu yang dianugerahkan kepadanya. Misalannya, seorang buta matanya, walaupun adil dan berilmu, namun keterangan di mahkamah tidak diterima. Cahaya Fu’ad inilah merupakan anugerah kepada mereka yang mencapai martabat Ihsan, martabat tertinggi selepas Islam dan Iman.

Al-Lubb: Merupakan lapisan terakhir hati. Menurut al-Tirmidhi, Lubb, umpama puncak kepada gunung yang tertinggi dan cahayanya adalah paling sempurna. Sesiapa yang mendapat kelebihan ini, beliau akan dijaga oleh Allah tanpa ada perantaraan. Jiwa kehaiwanannya tidak berupaya mencemari kecemerlangan ruhaninya. Kata al-Tirmidhi, “… binatang (nafsu) dengan syahwat dan kejahilannya sukar menghampirinya; begitu juga dengan binatang buas di gurun kesilapan, atau mana-mana binatang yang berperawakan seperti nafsu (kehaiwanan), seperti keangkuhan, kebodohan…”
Berdasarkan gambaran ringkas tadi, jelaslah bahawa Lubb hanya dianugerahkan kepada golongan yang tinggi imannya, yang menzahirkan sepenuhnya ketaatan kepada Tuhan. Di dalam Al-Quran, Allah Ta’ala memuliakan golongan ini dengan member mereka satu gelaran khas iaitu ‘Ulu Al-Bab, (al-Baqarah: 269)

Begitulah sedikit gambaran berkenaan 4 dimensi dalaman yang membentuk hati seseorang insan. Namun berfungsi atau tidak dimensi-dimensi ini, bergantung kepada sejauh mana penguasaan nafsu ke atas Sadr. Andainya hati seseorang insane itu gelap pekat dengan segala macam sifat-sifat tercela akibat terlalu lama bergelumang dengan kejahatan, maka kewujudan Qalb dan dimensi dalaman selepasnya tidak memberi apa pun erti. Malah, Allah akan menutup dan seterusnya mempaterikannya. Mengetahui tentang hakikat hati kita ini, seharusnyalah kita sentiasa menjaga hatidari terus mengikut kehendak nafsu kehaiwanan. Berusahalah melawan kehendak dan tuntutan nafsu ini serta pada masa yang sama buat amalan-amalan kebaikan. Wallahu Alam.

2 comments:

Myzra Midin said...

Saya ada request, boleh buat entry tentang tingkatan tarbiyyah lagi?? ^_^ your latest post is really impressing... (^^,)v

Hilmie Bin Milus said...

insya'Allah..n0ted! TQ :)

Post a Comment

Born Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tasbih Kafarah..

Photobucket

I am Who I am..