Sunday, January 10, 2010

Tanggungjawab Saudara Islam;Sedarlah..


Pada 24-29 Disember 2009 bersamaan 8-12 Muharram 1431H yang lepas, ABIM Sabah telah menganjurkan program Kembara Amal yang ke-V. Kawasan pengembaraan adalah di kwasan pedalaman Ranau Sabah iaitu di Kg. Merungin 2-Kg.Sumbilingan-Kg.Togup Darat-Kg.Tinutuan. Program ini dihadiri oleh 20 orang peserta termasuk jawatankuasa program dari kalangan belia. Program ini dibuat adalah untuk membantu masyarakat kampung tersebut bagi menguatkan kefahaman mereka terhadap Islam dan juga hendak menyantuni kehidupan masyarakat di kampung-kampung pedalaman.

Sepanjang pengembaraan,kami banyak mendapat pengalaman baru di samping berkongsi pengalaman bersama penduduk kampung yang kami lawati di mana kesemua kampung tersebut mempunyai majoriti penduduk yang mu'allaf. Kami telah membuat kajian berkaitan kefahaman mereka terhadap Islam dengan bertanyakan asas-asas dalam Islam. Setelah kajian dibuat kepada penduduk dari kanak-kanak hingga para ibubapa, hasil dapatan menunjukkan bahawa mereka tidak tahu dan kurang pemahaman terhadap Islam. Mereka mengata mereka Islam hanya dengan mengaku bahawa mereka beragama Islam walaupun mereka tidak fasih untuk mengucap dua kalimah syahadah, apatah lagi menanyakan tentang asas-asas Islam. Sesetengah dari kalangan mereka, mengaku Islam hanya kerana untuk mendapatkan sumbangan dari pihak JAKIM ataupun JHEAINS. Perkara ini adalah amat menyedihkan kita selaku saudara seagama kerana mereka kekurangan pemahaman dan pengetahuan tentang agama Islam. Hal ini berlaku kerana kurangnya "follow-up" ataupun tindakan susulan dari kita selaku saudara seIslam untuk menyebarkan risalah Islam dan mengajar serta berkongsi pengetahuan berkaitan Islam.

Daripada permasalahan ini, penulis ingin mengajak kepada semua saudara-saudara seaqidah agar sedar dari lamunan, bangun untuk menunaikan tanggungjawab menyebarkan risalah syiar Islam. Rajin-rajinkan diri untuk prgi melawat saudara-saudara kita yang ketandusan ilmu di pedalaman-pedalaman negeri ini. Perkara ini mesti kita lakukan merana ini merupakan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.Tanggungjawab berdakwah memberi kefahaman kepada mereka yang tidak tahu supaya menjadi orang yang tahu. Penulis ingin menyatakan rasa kasihan kepada mereka yang ketandusan ilmu-ilmu Islam sehinggakan mereka hidup dalam keadaan yang tidak tahu tentang halal-haram sesuatu perkara tatkala mereka sudahpun kembali kepada fitrah yang asal iaitu Islam. Penulis juga ingin mencadangkan kepada pihak JAKIM dan JHEAINS serta organisasi-organisasi lain yang ingin menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan agar menganjurkan program menyumbang sambil menyampaikan risalah-risalah Islam agar mereka mempunyai pemahaman yang cukup.

Deduksinya, penulis amat mengharapkan kepada semua saudara untuk sedar akan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. "Sesungguhnya semua umat Islam itu bersaudara". Apabila seseorang itu menjadi saudara kita,maka wajib bagi kita bertanggungjawab untuk membantu kepada mereka yang memerlukan. Marilah kita bersama bangun untuk membina sebuah tamadun khaira' ummah. Jazakallahu Khairan. Semoga Allah merahmati dan meredhai kita atas apa yang kita manfaatkan dengan rezeki yang Dia berikan kepada kita. Amin Ya Rabbi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Born Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tasbih Kafarah..

Photobucket

I am Who I am..