Saturday, September 26, 2009

"Taqwa"- Sifat yang menjadi Penyelamat.


Taqwa menurut Syed M.Naquib al-Attas merujuk kepada “sedar benar akan kehadiran Tuhan, sepanjang masa di mana jua”. Maka orang yang bertaqwa itu akan mentaati perimtah Tuhan, tidak akan melakukan yang di larangNya, sentiasa mengingatiNya, tidak akan melupakanNya, sentiasa bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya. Sekalipun ketika berseorangan, tiada saksi menyaksi, seperti tetap berpuasa sekalipun tiada penguatkuasa. Malah dia tidak akan mengingati, memikirkan hal yang tidak patut difikir, sebab sedar benar Tuhan Maha Mengetahui, Mendengar hatta bisikan hati.

Taqwa berasal dari akar kata “wa-qa-ya”(dalam tulisan jawi) yang membawa maksud melindungi, mengawal, menjaga dan memelihara daripada kemurkaanNya, daripada bahaya, mudarat, kehancuran, kezaliman dan apa jua gangguan.
Sayidina Umar r.a ketika ditanya oleh sahabat mengenai makna Taqwa, Umar menjwab dengan pertanyaan kembali, “bagaimana kamu melalui jalan penuh berduri?”. Sahabat itu menjawab, “saya akan melaluinya dengan penuh hati-hati lagi berwaspada”. Itulah Taqwa kata Sayidina Umar. Perbualan ini memberi maksud mewaspadai diri daripada hal yang batil, mungkar, nafsu, pancaindera dan lain-lain.
Sayidina Ali k.w berkata Taqwa itu ialah menakuti Allah Taala, beriman dan beramal dengan kitab Al-Quran, bersiap untuk perjalanan yang jauh(akhirat) dan redha dengan sedikit.
“I’dilu hua akrabu littaqwa…”-(al-Maaidah:8)
Bermaksud :“Berlaku adillah kamu! Itu lebih hampir kepada Taqwa…”

Adil termasuk terhadap diri sendiri juga, lebih utama terhadap sesama insan serta makhluk lain juga. Dalam konteksini, seseorang yang terasing daripada masyarakat, tidak pedulikan masyarakat (tidak jaga, bela, selamatkan umat) sukar untuk mencapai makna Taqwa dalam erti kata yang sebenar.

Taqwa sifat insan paling ideal, komprehensif, paling mewakili, kriteria pembeza status manusia. Menurut keterangan ayat suci Al-Quran dari surah al-Hujurat:13, manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah orang lebih bertaqwa, bukannya orang yang berharta, berketurunan yang banyak atau bersukuan bangsa.
Kata Taqwa dan terbitannya dalam al-Quran terdapat pada 242 tempat dan terbahagi kepada dua di antara Mekah dan Madinah iaitu di Mekah ada 102 kata Taqwa manakala di Madinah ada 140 kata. Apabila kita perhatikan, kata Taqwa kerap di Madinah, mungkin disebabkan perhubungan sesama manusia menjadi perkara utama. Taqwa cuma dapat dipraktikkan dalam konteks sosial.

Menurut Prof.Wan Mohd Nor Wan Daud, untuk mencapai makna Taqwa yang sebenar sebagaimana yang dimaksudkan, seseorang harus bergabung dengan umat Islam untuk menyeru kearah kebaikan, mencegah kemungkaran, membela nasib mereka, menggunakan segala sumber alam tabi’ie dan kebijaksanaan sekarang dan sejarah lampau.
Disini wujudnya keperluan untuk menyertai gerakan, jamaah dan organisasi yang mampu mengumpul segala potensi, bakat dan keahlian untuk membawa perubahan ke arah kebaikan dalam masyarakat.

Puasa atau As-shawm bererti penahanan atau pengawalan diri. Jika dikaitkan dengan makna taqwa tadi, akan saling harmoni serta menayangkan gambaran menyeluruh hikmah puasa. Antara nama-nama Allah s.w.t ialah AL-SAMAD (surah Al-Ikhlas) yang bererti Dia Yang Maha Kekal lagi diperlukan dan Dia Tidak Memerlukan yang lain. Dalam kamus Arab Ibnu Manzur, SAMAD adalah orang yang tidak makan minum, dalam masyarakat Arab dirujuk kepada lelaki luar biasa, tidak lapar dan tidak dahaga dalam peperangan.
Kita sekarang sedang berakhlak dengan saah satu nama-nama Allah. Insya’Allah akan membawa kita hampir kepadaNya, bukan dari segi jarak dekat, tetapi dari segi kualiti peribadi. Insya’Allah, berdoalah kita di samping berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai makna Taqwa dalam erti kata sebenar. Moga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya untuk memudahkan kita mencari jawapan makna Taqwa tersebut. Jazakallahu Khairan.

Born Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tasbih Kafarah..

Photobucket

I am Who I am..