Sunday, July 5, 2009

Al-Fatih, Pembuka Kota "Constantinople"


Sabda Rasulullah SAW ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Assalamualikum w.b.t,
Saudara sekalian,untuk artikel pertama dalam blog ana kali ini, ana ingin berkongsi mengenai perbincangan bersama Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, Ahli Lembaga Union NGO's Islamic World (Majlis NGO's Islam Sedunia) merangkap Naib Presiden WADAH (Wadah Pencerdasan Umat) Pusat, dalam Kursus Kepimpinan Belia anjuran ABIM iaitu perbincangan tentang keteladanan dan ketokohan Sultan Muhammad Al-F
atih atau lebih dikenali sebagai Al-Fatih atas kepimpinannya dan kebijaksanaan serta kewarakan baginda dalam merealisasikan hadis Rasulullah s.a.w seperti di atas. Sukacita ana mengharapkan agar semua pembaca blog agar dapat meneliti ketokohan Al-Fatih khususnya kepada para belia dan beliawanis kerana kejayaan Al-Fatih dalam menakluki Constantinople adalah pada usia 21 tahun iaitu pada usia belia. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengenali antara tokoh besar Islam ini.

Berikut ana akan menceritakan secara ringkas tentang sejarah penaklukan kota Constantinople ini.

Sultan Muhammad Al-Fatih (dikenali sebagai Sultan Muhammad
II atau Muhammad The Conquerror), dilahirkan pada 29 Mac1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki-Bulgaria). Baginda adalah putera kepada Sultan Murad II,pemimpin kerajaan Uthmaniyah pada zaman tersebut. Sultan Murad II telah berusaha untuk merealisasikan hadis Rasulullah s.a.w iaitu menakluki kota Constantinople tetapi gagal. Usaha ini menemui kegagalan kerana rakyatnya tidak baik dan kelihatan belum bersedia untuk menakluki kota tersebut meskipun pemimpin dan tenteranya dalam keadaan baik. Hal ini telah dipastikan oleh Sultan Murad sendiri apabila baginda turun ke lapangan untuk melihat keadaan rakyatnya, dan baginda mendapati rakyatnya tidak mengamalkan Islam sepenuhnya seperti menjual buah-buahan yang buruk dengan harga yang mahal,tidak jujur dalam menjalankan perniagaan. Maka,diramalkan bahawa yang dapat menakluki kota tersebut adalah anak baginda iaitulah Sultan Muhammad Al-Fatih.

Setelah Al-Fatih dilahirkan,ayahandanya,Sultan Murad,telah menyusun perjalanan pendidikan kepada anaknya. Seusia 5 tahun,Al-Fatih sudah mula menguasai 5 jenis bahasa, hafiz Al-Quran dan diajarkan kepadanya ilmu-ilmu perang dan dilengkapi dengan skil-skil dan strategi-strategi perang yang diajar oleh panglima-panglima perang pada zaman itu. Hal ini telah diaturkan oleh ayahandanya untuk memastikan anaknya dapat merealisasikan hadis tersebut iaitu menguasai kota Constantinople. Baginda Al-Fatih juga telah dibentuk oleh Syeikh Samsuddin Al-Wali iaitu seorang yang berketurunan dari Sayidina Abu Bakar As-Siddiq. Maka tidak hairanlah pembentukan diri dan kekuatan tarbiyah baginda amat teguh dan kuat.

Setelah ayahanadanya meninggal dunia,Sultan Muhammad Al-Fatih telah menaiki takhta menggantikan ayahandanya untuk menjadi pemimpin kerajaan tersebut. Baginda telah menaiki takhta seawal umur 19 tahun. Semasa baginda baru menaiki takhta,baginda memberi fokus sepenuhnya untuk menakluki kota tersebut seperti yang disabdakan Nabi s.a.w dan harapan yang telah diletakkan oleh ayahanda baginda kepada baginda. Selama 2 tahun,baginda telah mengambil masa 2 tahun untuk mengkaji geografi dan peta Constantinople.

Apabila semuanya sudah bersedia iaitu dari aspek pemimpinnya baik,tenteranya baik dan rakyatnya pun sudah baik,maka serangan terhadap kota tersebut telah dilancarkan iaitu ketika baginda berusia 21 tahun bersama meriam terbesar dan kekuatan tenteranya. Namun, peperangan tersebut telah berlanjutan selama 40 hari tetapi gagal sehinggakan tenteranya seakan-akan kehilangan semangat untuk berperang.

Baginda yang terkenal dengan kewarakannya kemudiannya berdoa kepada Allah agar diberikan ilham untuk memenangi peperangan tersebut setelah berusaha selam 48 hari menemui kegagalan. Semasa baginda tidur, dengan kuasa Allah s.w.t, baginda telah bermimpi dan mendapat ilham dari Allah s.w.t untuk memenangi perang tersebut dan ilham tersebut ialah mengangkat atau menarik kesemua kapal-kapal iaitu sebanyak 72 buah kapal ke darat untuk dibawa ke bahagian belakang kubu kota tersebut kerana dipercayai kekuatan pertahanan dibelakang tembok tersebut adalah lemah. Setelah mendapat ilham tersebut,baginda mengerahkan tenteranya agar menarik kapal-kapal tersebut ke perairan sebelah (Teluk Golden Horn) melalui jalan darat sejauh 3 km merentasi bukit dari terbenam matahari (waktu maghrib) sehingga sebelum fajar menyinsing.

Pada keesokan paginya, alangkah terkejut tentera-tentera kafir kota tersebut apabila mendapati kesemua kapal-kapal tentera Islam telah berada di belakang kota tersebut iaitu di perairan Constantinople (Teluk Golden Horn). Setelah itu, tentera baginda berperang dengan bersungguh-sungguh setelah mendengar pidato baginda dalam menaikkan semangat mereka untuk terus berperang. baginda mengatakan "wahai tenteraku, aku bersedia mati dijalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid,ikutlah aku!". Mendengarkan itu, salah seorang tentera baginda, Hsan Ulubate, mengetuai sekumpulan kecil 30 orang tentera membuka dan melompat ke dalam kubu musuh dan memacak bendera Islam di situ sehingga mereka semuanya gugur syahid apabila dihujani anak panah ke atas mereka. Peperangan ini berlangsung sehingga tentera Islam menemui kejayaan untuk merealisasikan hadis Nabi s.a.w setelah 800 tahun percubaan untuk menakluki kota tersebut dan Sultan Muhamad Al-Fatih lah yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w dalam hadisnya tersebut kerana pemimpin dan tenteranya serta rakyatnya adalah dalam keadaan yang baik.

Ketika solat Jumaat hendak didirikan pada kali pertama, timbul pertnyaan mngenai kelyakan siapa yang akan menjadi imam. Baginda menitahkan agar semua tenteranya bangun dan bertanyakan 3 soalan.

Soalan pertama: "Siapa diantara kamu dari akil baligh sehingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali,sila duduk.."
Tiada seorang pun yang duduk kerana semuanya tidak pernah meninggalkan solat fardhu.

Soalan kedua: "Siapa diantara kamu dari akil baligh sehingga sekarang pernah meninggalkan solat sunat rawatib,sila duduk.."
Separuh daripada tentera tersebut duduk.

Soalan ketiga:"Siapa diantara kamu yang pernah meninggalkan solat Tahajjud,sila duduk.."
Semua tenteranya duduk kecuali baginda seorang sahaj yang bangun.

Inilah dia Sultan Muhammad Al-Fatih yang dididik oleh Syeikh Samsuddin Al-Wali sehingga menjadi pemerintah yang agung dan merupakan pemimpin yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. Pada umur belia lagi sudah menjadi pemimpin yang baik sehingga mempengaruhi tentera dan rakyatnya sehinggalah berjaya menakluki kota Constantinople ini. Baginda telah menukar nama kota tersebut kepad "Islam Bol" yang bermaksud kota Islam. dan baginda meniggal dunia akibat diracun oleh pengkhianat yang mendendami dan memusuhi baginda. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 Masihi.

Oleh itu, daripada sejarah Al-Fatih seperti yang dikongsi di atas, diharap kepada semua umat Islam khususnya para pemuda-pemudi Islam agar mengambil iktibar dan sentiasa menanam ciri-ciri baik dalam diri agar usaha untuk membina generasi Al-Fatih seperti tajuk blog ini, dapat dicapai dan generasi-generasi yang berkepimpinan seperti Al-Fatih dapat dibentuk kerana hal ini adalah untuk kepentingan agama Islam dan penguasaannya di peringkat global.
Terapkan budaya ilmu dalam diri, sentiasa mengamalkan kerohanian untuk menguatkan spiritual individu, bina kesedaran diri untuk menunaikan amanah Allah kepada kita iaitu melaksanakan agamanya, pupuk minat dan sikap ambil peduli dalam mengetahui masalah-masalah umat Islam pada zaman sekarang dan pemikiran serta penglibatan kita haruslah sampai ke tahap global sehingga boleh menyelamatkan saudara-mara kita yang sentiasa berada dalam tangisan dan ketakutan. Moga Allah memberkati gerak kerja perjuanagn kita dan mendapat tempat di sisiNya. Wallahualam...

1 comment:

ijul said...

assalamualaikum w.b.t
wah..lepas tamrin jer terus buat blog tentang Al-fatih..
setelah membaca blog saudara hilmie,ia memang menarik minat untuk membaca dari mula sehinggalah abis.....
drpd blog saudara ini,bukanlah mustahil untuk belia seperti saudara,saya dan rakan-rakan belia yang lain menanam sifat seperti Muhamad Al-Fatih...semuannya bergantung kepada diri sendri sama ada ingin berubah kepada kebaikan atau sebaliknya..namun ianya memerlukan keberanian dan kesanggupan kita untuk berubah menjadi lebih baik di mata Allah SWT...
Keberanian Al-Fatih menakluki kota 'constantinople' adalah datang dari dirinya sendiri di samping memohon petunjuk daripada ALLAH SWT..kita boleh mencontohi di sini dengan memohon petunjuk daripada ALLAH SWT untuk diberi kekuatan & keberanian kepada diri agar perubahan yang ingin kita lakukan tidaklah putus di tengah jalan seperti "hangat-hangat tahi ayam"..itu pendapat daripada sy.apa pun, wallahualam

Post a Comment

Born Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tasbih Kafarah..

Photobucket

I am Who I am..