Pada keinginan naluri ku, aku telah memasang niat utk menjadi seorang pemimpin satu hari nanti. Niat ku ini bukan utk mengejar kekayaan dan kuasa,,tetapi telah timbul dalam fikiran ku untuk aku membela nasib insan-insan yang tidak mendapat rezeki atau keistimewaan sejajar dgn taraf mereka sebagai seorang insan dan juga rakyat di negara Malaysia ini. Kenapakah ku berfikir sedemikian??

Aku adalah seorang insan lemah yang aktif dalam gerak kerja aktiviti kesukarelaan dan khidmat masyarakat bersama sahabat-sahabat ku dalam gerakan ABIM ini. Sepanjang 4 tahun aku bergiat aktif dalam aktiviti ini, pelbagai program yang telah kami anjurkan. Dan antaranya adalah Kembara Amal dan Kempen Sekampit Beras dan Sekotak Kurma sempena bulan Ramadhan yang mulia. Dalam program ini, kami telah turun di sudut-sudut kampung pedalaman dan juga pesisiran pantai sekitar negeri Sabah. Banyak pengalaman yang kami perolehi. Dan apa yang lebih mendukacitakan ku adalah kami banyak bertemu dengan masyarakat kampung yang tidak senasib dgn kami. Hidup mereka adalah dha'if, miskin, tidak bertenaga (orang tua). Aku terfikir, bahawa hidup ini mempunyai pelbagai ragam dan coraknya. Tetapi apa yang aku sangat terkesan adalah kenapa mereka boleh hidup sedemikian rupa?? Apakah mereka tidak mempunyai wang? Untuk membeli peralatan lengkap rumah, anak-anak tidak bersekolah. Adakah sumber pendapatan mereka kurang?Sehingga tidak mencukupi untuk menyara hidup sekeluarga?? ATAU adakah kawasan mereka TERABAI dan TIDAK mendapat pantauan dari pihak2 yang bertanggungjawab? Di manakah wakil mereka? Di mana Pemimpin mereka?
Kita lihat pemimpin masa kini, sungguh senang hidupnya (kebanyakannya). Projek sana,projek sini, kereta yang besar, baju yang mahal, bini pun mahal. Muka ditampal kalau boleh sebesar bangunan. Agak senang hidup begini, disalahtafsir, jadi pemimpin boleh jadi kaya. Duit saku rakyat diputar sesuka hati. Permohonan bantuan, ditahan berkali-kali. Isi borang itu dan borang ini. Kadang 5 tahun kemudian baru datang bantuan beri.(Apa tidaknya,pilihanraya kan 5 tahun sekali). Tapi kalau minta projek, lulus saja sampai tak cukup tangankaki. Inikah sikap pemimpin yang kita percayai? Sem0ga mereka diberi petunjuk dari Ilahi.
Menyoroti kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Terasa sebak apabila melihat ketokohannya dalam menerajui kepimpinan sesebuah negara. Cacat cela hina Kerajaan Bani Muawiyah kembali baik pulih murni dipuji dizaman pemerintahannya. Hidupnya yang mewah pada zaman membesarnya tetapi brtukar papa kedana tatkala dilantik mnjadi Khalifah jawatan mulia. Rakyatnya semua hidup senang tidak brgelar papa. Kerana keadilan kepimpinan Umar Abdul Aziz yang disayangi rakyatnya. Sehingga tidak ada seorang pun yang layak mendapat zakat negara. Ku merindui dan ku nantikan pemimpin bersemangat waja seperti ini. Ini barulah dikatakan PEMIMPIN!!
Doa kepada Allah moga dikabulkan agar diutus seorang Pemimpin SEJATI mentadbir negara ini.

Melalui teladan Khalifah zuhud ini, bapa selalu mngingatkan, kalau hendak menjadi pemimpin, harus bersedia untuk berhidup miskin. Kerana HARUS dihidupkan orang-orang dibawah tanggungjawab. Lihat saja teladan Umar Abdul Aziz,Amirul Mukminin, kalau mahu diringankan perhitungan di Hari Perhitungan? Si Pemimpin harus tegar membantu selesai masalah disetiap penjuru kawasan. Kalau nasib mereka tidak terbela, susah sungguh hendak melangkah kaki ke Syurga walau amalan sehebat mana. Kerana tangankaki ditarik-tarik oleh mereka yg tidak senasib akibat kelalaian semasa memimpin.
Jadilah PEMIMPIN yang Beriman~~!!
Setakat ini, ulasan berkenaan Pemimpin. Hanya sebagai usaha untuk mengajak sahabat-sahabat berdiskusi dan berfikir. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yg berfikir. Sem0ga kita tergolong dalam kalangan mereka yang beriman. Wallahu'alam