“PEMBINAAN WATAK PEMIMPIN: KARISMATIK DAN BERJIWA
BESAR”
Mohd Nur Hilmie Milus
Setiausaha ABIM Sabah
MUKADIMAH
Dunia kini sedang dilanda kemelut isu yang pelbagai. Setiap hari kita menyaksikan ada saja isu-isu baharu yang kadang-kala tidak terlintas dibenak fikiran kita bahawa wujud masalah yang mustahil boleh berlaku. Tidak cukup dengan isu sosial seperti arak dan judi, zina dan seks luar tabi'e, datang lagi isu sumbang mahram dan penderaan anak-anak yang tidak berkesudahan. Kemudian belum sempat buka kitab tafsir Surah An-Nisa', digemparkan lagi dengan isu hak asasi LGBT. Ketahui wahai saudara saudari sekalian, dunia atau Negara ini sudah tidak aman, izinkan saya memetik puisi dari seorang penyair jawa Indonesia terkenal, Ronggowarsito (Ibrahim, 2009);
Dunia kini sedang dilanda kemelut isu yang pelbagai. Setiap hari kita menyaksikan ada saja isu-isu baharu yang kadang-kala tidak terlintas dibenak fikiran kita bahawa wujud masalah yang mustahil boleh berlaku. Tidak cukup dengan isu sosial seperti arak dan judi, zina dan seks luar tabi'e, datang lagi isu sumbang mahram dan penderaan anak-anak yang tidak berkesudahan. Kemudian belum sempat buka kitab tafsir Surah An-Nisa', digemparkan lagi dengan isu hak asasi LGBT. Ketahui wahai saudara saudari sekalian, dunia atau Negara ini sudah tidak aman, izinkan saya memetik puisi dari seorang penyair jawa Indonesia terkenal, Ronggowarsito (Ibrahim, 2009);
Amenangi jaman edan, (Mengalami zaman
gila)
Ewuh aya ing pambudi, (Sukar sulit
(dalam) akal ikhtiar)
Milu edan nora tahan, (Turut gila
tidak tahan)
Yen tan milu anglakoni, (Kalau tak
turut menjalaninya)
Boya kaduman melik, (Tidak kebagian
milik)
Kaliren wekasanipun, (Kelaparanlah
akhirnya)
Ndialah karsa Allah, (Takdir kehendak
Allah)
Begja-begjane kang lali,
(Sebahagia-bahagianya yang lupa)
Luwih begja kang eling lawan waspada.
(Lebih berbahagia yang sedar serta waspada)
(Sarat Kalatidha, Ronggowarsito)
Teman, mengambil ibrah dari syair
tersebut, menerangkan bahawa zaman ini sudah gila kerana ketamakan serta
kepuasan manusia kini sudah melebihi sifat manusia itu sendiri. Berani saya
mengatakan bahawa ada dalam kalangan kita di tengah-tengah kelompok umat ini,
manusia yang sudah tidak menjadi manusia. Hal kerana alasan yang telah saya
sebutkan di permulaan perenggan ini dan banyak lagi sebabnya yang tidak mampu
saya sertakan dalam makalah ini kerana makin banyak saya sertakan, makin
tertunduk malu saya akibat perlakuan dan kerakusan bangsa saya sendiri.
Sehingga semakin sulit dan sukar akal saya mengikhtiarkan apa lagi patut saya
buat untuk menyelamatkan bangsa saya. Boleh meracau dan gila dibuatnya kalau
tidak ada daya ketahanan mental dan fizikal. Tapi kita sebagai manusia beriman
harus menyedari bahawa inilah karsa (kehendak/takdir) Allah SWT. Untuk memberi
ingat kepada sekalian manusia, bahawa walau bahagia mana pun orang-orang yang
lupa (takdir Allah), lebih bahagia lagi orang-orang yang sedar (ingat) dan
berwaspada. Pada frasa di sinilah kita sebagai penggerak dan pemimpin Islam
memacakkan niat sedalamnya, untuk sentiasa ingat, dan juga memberi ingat kepada
orang lain agar sama-sama berwaspada dari dugaan nikmat sementara ini demi
mencapai kebahagiaan hakiki di hari perhitungan kelak.
SUKARELAWAN
DAKWAH
Gagasan manusia terbaik menurut hadis
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, riwayat Thabrani dan Daruquthni, للناس أنفعهم
الناس خير (“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada
orang lain”) haruslah kita jadikan ia sebagai pegangan prinsip sebagai seourang
sukarelawan dakwah.Hadis tersebut wajib difahami dan
dihayati sepenuhnya agar ke semua kita ini yang sedar akan konsep
keinsanannya akan terus berebut dan berusaha sehabis baik untuk bergelar
sebaik-baik manusia. Dan pada masa yang sama juga kita mendapat imbuhan pahala
amal dengan berlumba-lumba berbuat kebaikan (fastabikhul khairat).
Kerja
sukarelawan ini bukanlah kerja yang sia-sia, tetapi ia adalah suatu kerja yang
telah dijanjikan oleh Allah SWT perihal keuntungan lumayan bagi sesiapa yang
bekerja sukarelawan ini. Memetik dari Surah As-Saff ayat 10 hingga 12:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu
perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi
sakitnya? (10) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu
berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu;
yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui
(hakikat yang sebenarnya) (11) (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa
kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik
dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar (12) Dan ada lagi
limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang
cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada
orang-orang yang beriman (13)”
Sudah terang lagi bersuluh menerusi
kitab suci Al-Quran yang mengandungi bait firman Allah SWT, Tuhan alam semesta
ini, telah menjanjikan keuntungan pengampunan dosa dan sebaik-baik tempat
tinggal yang kekal abadi iaitu Syurga Adn. Cuba fikirkan, nikmat paling lumayan
apakah lagi yang kita kehendaki di dunia ini sekiranya Allah SWT menawarkan
nikmat terbesar yang tidak terkira ini. Tetapi setiap ganjaran tersebut, pasti
akan tertunai kepada mereka yang menjalankan perniagaan berjuang menegakkan
agama Allah SWT yakni Islam dengan bermodalkan harta benda kepunyaan, tenaga,
masa, buah fikiran dan seluruh jiwa kita ini diserahkan sepenuhnya kepada jalan
sukarelawan menyebarkan rahmat agama Islam yang indah ini.
Sukarelawan dakwah amat diperlukan
untuk menggerakkan agenda pencerahan umat. Gerakan pencerdasan dan pencerahan
ini bukan hanya tertakluk kepada dakwah sesame Islam sahaja, tetapi ia
merakamkan suatu kesaksian berprestasi cukup bererti khususnya dalam lingkaran
dakwah yang lebih luas dan inklusif. Lintasan berbeda agama dan bangsa,
berdialog secara intensif dan ekstensif dengan warga bukan Islam. Kita
menyambut memaknai seruan umat ukhrijat linnas (dilahirkan untuk
manusia) menyantuni umat sejagat (Fadzil, 2016). Maka dengan itu wahai
sahabat seperjuangan sekalian, fikir dan renungkanlah, untuk apa kita
dilahirkan ke dunia ini, menggalas penuh tugasan atau menjadi beban.
SUNNATULLAH
DAKWAH
Teman saya hormati, setelah kita
beransur-ansur melalui fasa-fasa tarbiyah dalam menggerakkan agenda perjuangan
ini, yang mana kita fikir telah sesuai dengan cara, alat dengan segala
kemungkinan menurut kemampuan yang ada pada kita sama individu atau
berkumpulan, semuanya itu hanyalah sebagai batu-bata yang masih mentah. Setelah
semuanya itu beres, berjalanlah di atas sunnatullah dengan ibtila’ dan mehnah untuk
membersihkan dan membezakan di antara yang tulin dan palsu, di antara yang
benar dan yang dusta, di antara yang emas dan tembaga supaya orang-orang yang
beriman akan bertambah imannya (Masyhur, 1985). Kerana sudah tersurat
dalam Surah Al-Ankabut ayat 2 dan 3:
Maksudnya: “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya
dengan mengatakan, “Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji? (2) Dan
sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah SWT pasti
mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”
Seterusnya dalam Surah Al-Baqarah ayat
214:
Maksudnya: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akna masuk syurga, padahal belum
datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan
macam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan prang-orang beriman
bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya
pertolongan Allah itu amat dekat.”
Apa yang cuba saya sampaikan di sini
adalah setiap perjuangan itu pasti akan ada mehnah dan tribulasi yang perlu
dihadapi sama ada bersedia ataupun tidak bersedia. Jika masa ini telah tiba,
pelbagai watak dan perangai akan timbul kerana begitulah sikap manusia
sekiranya tidak bertoleransi dalam meraikan kepelbagaian pandangan dan pendapat
(adabul ikhtilaf). Dan masa kejadian inilah yang akan menampakkan watak
kita yang sebenarnya semasa bergelumang dalam menyelesaikan masalah konflik dan
krisis, samada luaran mahupun dalaman, tetapi lebih hebat dan mencabar dugaan
tersebut jika ia berlaku secara dalaman. Fitrah kehidupan, kita pasti
melalui pelbagai rintangan dan dugaan. Sejak kita bergelar insan, ujian demi
ujian menanti kita di hadapan. Cuma terpulang kepada kita untuk melangkah
melepasi rintangan atau duduk di takuk yang lama, yang tidak membawa sebarang
kelebihan, peningkatan atau penghijrahan pada diri kita sendiri. Kita
selalu merungut bila diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran, namun hakikat
yang sebenarnya dugaan itulah keindahan yang diciptakan. Bila kita diuji, kita
mengenal erti susah. Dan pada saat itu kita mula merasakan diri kita yang
kerdil ini memerlukan Allah SWT, merintih, mengadu, memohon kepadaNya. Dan
Allah sentiasa memberikan nikmat yang tidak putus-putus pada kita (Naziha,
2011).
Jalan dakwah adalah jalan yang terang petunjuk-petunjuknya, lurus tujuannya,
tetapi orang yang berjalan di atasnya sentiasa terdedah kepada penyelewengan
(salah guna kuasa) yang boleh menjauhkan dia dari perjalanan yang betul. Ini
berlaku kerana dia telah menyeleweng atau menyimpang dari jalannya ataupun dia
telah merubah niatnya itu. Jika tidak sedemikian dia pasti akan berbalik ke
pangkal jalan. Penyelewengan ini selalu terjadi kerana dia terlampau ghairah
dan terlalu bersemangat. Dari sinilah kita mesti bersegera menyabarkan para
pemuda muslimin yang merupakan bunga-bunga yang sedang mekar dari tengah-tengah
gelanggang penglibatan dan perlaksanaan supaya mereka tidak tergelincir dan
tidak menyeleweng kerana tidak mempunyai pengetahuan dan penerangan yang cukup.
Ini perlu supaya jejak langkah mereka tidak tergelincir setelah tetap dan
mantap pendiriannya, supaya mereka sempat memperbaiki urusan mereka sebelum
memperbaiki urusan musuh (Masyhur, 1985).
(Sambungan Siri 2 - https://hilmiediskusi.blogspot.com/2019/06/pembinaan-watak-pemimpin-karismatik-dan_32.html )
No comments:
Post a Comment