Sunday, September 18, 2011

Hati Dan Dimensi Dalaman - Siri II

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.,
Berikut adalah sambungan pengisian di blog ini daripada pengisian yang lepas iaitu Hati dan Dimensi Dalaman Siri I. Semoga pengisian di Siri II ini dapat menjelaskan lagi persoalan-persoalan di hati kalian. Selamat Membaca.

Al-Fu’ad: Merupakan dimensi ketiga hati yang adalah tempat kepada pandangan hati (ru’yah) dan ma’rifah (pengenalan). Perbezaan dan kelebihan Fu’ad berbanding dengan Qalb ialah dengan adanya Fu’ad, seseorang itu dibukakan hijab. Dia akan dapat melihat terus realiti kepada sesuatu perkara. Manakala Qalb pula, seseorang itu hanya sekadar mengetahui sesuatu dengan ilmu yang dianugerahkan kepadanya. Misalannya, seorang buta matanya, walaupun adil dan berilmu, namun keterangan di mahkamah tidak diterima. Cahaya Fu’ad inilah merupakan anugerah kepada mereka yang mencapai martabat Ihsan, martabat tertinggi selepas Islam dan Iman.

Al-Lubb: Merupakan lapisan terakhir hati. Menurut al-Tirmidhi, Lubb, umpama puncak kepada gunung yang tertinggi dan cahayanya adalah paling sempurna. Sesiapa yang mendapat kelebihan ini, beliau akan dijaga oleh Allah tanpa ada perantaraan. Jiwa kehaiwanannya tidak berupaya mencemari kecemerlangan ruhaninya. Kata al-Tirmidhi, “… binatang (nafsu) dengan syahwat dan kejahilannya sukar menghampirinya; begitu juga dengan binatang buas di gurun kesilapan, atau mana-mana binatang yang berperawakan seperti nafsu (kehaiwanan), seperti keangkuhan, kebodohan…”
Berdasarkan gambaran ringkas tadi, jelaslah bahawa Lubb hanya dianugerahkan kepada golongan yang tinggi imannya, yang menzahirkan sepenuhnya ketaatan kepada Tuhan. Di dalam Al-Quran, Allah Ta’ala memuliakan golongan ini dengan member mereka satu gelaran khas iaitu ‘Ulu Al-Bab, (al-Baqarah: 269)

Begitulah sedikit gambaran berkenaan 4 dimensi dalaman yang membentuk hati seseorang insan. Namun berfungsi atau tidak dimensi-dimensi ini, bergantung kepada sejauh mana penguasaan nafsu ke atas Sadr. Andainya hati seseorang insane itu gelap pekat dengan segala macam sifat-sifat tercela akibat terlalu lama bergelumang dengan kejahatan, maka kewujudan Qalb dan dimensi dalaman selepasnya tidak memberi apa pun erti. Malah, Allah akan menutup dan seterusnya mempaterikannya. Mengetahui tentang hakikat hati kita ini, seharusnyalah kita sentiasa menjaga hatidari terus mengikut kehendak nafsu kehaiwanan. Berusahalah melawan kehendak dan tuntutan nafsu ini serta pada masa yang sama buat amalan-amalan kebaikan. Wallahu Alam.

Hati Dan Dimensi Dalaman - Siri I

Assalamualaikum w.b.t, bertitik-tolak daripada tajuk perbincangan yang telah dibincangkan iaitu perihal kesedaran tentang tanggungjawab seorang insan Muslim sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, penulis ingin membawa saudara semua untuk mengenali dan memahami tentang hati secara lebih mendalam lagi kerana sepanjang perjalanan dalam menjalankan tanggungjawab dan melalui marhalah dakwah ini, pelbagai cabaran dan rintangan harus ditempuhi dalam keadaan yg sentiasa bersedia. Dan untuk menyediakan diri bagi mengharungi cabaran hidup ini, satu-satunya faktor penting yang harus kita kenali, fahami dan ambil peduli adalah kekuatan dalaman hati. Kerana hatilah yang akan mengawal diri terhadap setiap percakapan dan perbuatan seorang insan.Oleh itu, saya mengajak saudara untuk membincangkan perihal hati dan dimensi dalamannya di mana saya mengambil rujukan daripada salah seorang penulis majalah Al-Hikmah terbitan ISTAC (International Institute of Islamic Thoungt and Civilization) iaitu saudara Abdul Latif Abdul Razak yang mengambil pandangan kira dari seorang tokoh ulama’ Al-Hakim Al-Tirmidhi.

Menurut al-Tirmidhi, hati insan mempunyai pelbagai dimensi dalaman, tetapi ada empat sahaja yang mampu diungkapkan melalui kata-kata iaitu Sadr, Qalb, Fu’ad dan Lubb. Keempat-empat dimensi ini, walaupun berlainan, ia saling berkaitan antara satu sama lain. Berikut adalah susunan kedudukan dimensi-dimensi tersebut:

AL-SADR --> AL-QALB --> AL-FU'AD --> AL-LUBB


Al-Sadr : Sadr adalah perkataan arab apabila diterjemahkan bermaksud hadapan atau permulaan sesuatu perkara. Maknanya kedudukan Sadr sebagai dimensi paling luar bagi hati adalah bertepatan dengan maksudnya. Dalam sistem psiklogi keruhanian al-Tirmidhi, Sadr merupakan laman kepada nafsu kehaiwanan dan Qalb, yang sentiasa bertentangan antara satu sama lain. Penguasaan Qalb ke atas nafsu kehaiwanan boleh menghasilkan sesuatu yang baik, dan begitu juga sebaliknya. Menurut al-Tirmidhi lagi, Sadr, merupakan satu-satunya dimensi yang boleh ditembusi oleh nafsu batin. Berdasarkan banyak ayat-ayat suci al-Quran, al-Tirmidhi telah membuat kesimpulan berkenaan sifat Sadr, iaitu lapang dan sempit. Sekiranya ia lapang kepada kebaikan, maka ia sempit untuk kejahatan, begitu juga sebaliknya.

Al-Qalb : Dalam sistem psikologi al-Tirmmidhi, Qalb adalah dimensi kedua hati selepas Sadr. Ia juga merupakan sumber pancaran cahaya iman, taqwa, khusyu’, mahabbah, yaqin, khawf, dan qana’ah. Selain itu, ia juga sumber pancaran cahaa ketenangan, kelembutan dan kesucian. Qalb juga adalah peti simpanan ilmu dalaman yang diperolehi melalui ilham yang dilemparkan ke dalam Qalb. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan apa yang diketahuinya,, nescaya Allah akan menganugerahkan ilmu yang tidak diketahuinya. Ilmu-ilmu ini sampai ke Qalb, melalui saluran dalaman, iaitu Lubb dan Fu’ad. Al-Tirmidhi menulis:

Segala ilmu yang dibawa oleh nafsu dan dipelajari oleh Sadr akan menjadikan nafsu bertambah angkuh dan sombong, seterusnya menolak kebenaran. Nafsu, bila bertambah ilmunya, maka bertambahlah keegoan dan cemburunya. Tidak bertolak ansurkepada ilmu luaran umpama tidak tolak ansurnya kepada harta… Segala ilmu, termasuk syari’ah yang dipelajari hanya sekadar untuk tujuan melaksanakan undang-undang, untuk mengajar, sekadar mengelakkan kejahilan, untuk mengetahui hukuman yang digariskan oleh agama dan sekadar melaksanakan secara luaran adalah kecil nilainya melainkan Allah menurunkan kepada seseorang itu ilmu dalaman, ilmu yang benar-benar berharga. Lantaran ilmu sedemikian yang murah nilainya, maka (tidak hairanlah) pemiliknya akan membeli dengannya sesuatu yang murah pula, lantaran itu ia menolak ketaatan kepada Tuhan.


Qalb merupakan sesuatu yang amat berharga. Ia perlu dijaga dan dipelihara agar cahayanya terus mampu menyinari Sadr kerana cahaya ketaqwaan bersinar dari dalam Qalb.

Wednesday, September 7, 2011

Cerita Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka

Assalamu'alaikum wbt,,
Sedikit perkongsian tentang video dokumentari sejarah yang diusahakan oleh Fahmi Reza, seorang pekerja seni yang telah membikin video ini. Timbul rasa kagum kepada sahabat ini atas keprihatinannya terhadap penjelasan fakta sejarah yang sebenar. Saya merasakan demikian kerana fakta sejarah yang sedia ada dalam kandungan buku teks dan melalui pemfileman sejarah pada masa kini mempunyai sedikit keraguan. Maka diharapkan video yang dikongsikan ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada saudara-saudara yang menontonnya.

Saudara Fahmi Reza mengarahkan pembikinan video ini untuk menceritakan semula apa yang sebenarnya berlaku pada musim 10 tahun sebelum tanahair mencapai kemerdekaan iaitu 1957. Dokumentari ini juga akan menunjukkan kisah-kisah perjuangan menuntut kemerdekaan dari pejuang-pejuang berhaluan kanan dan berhaluan kiri. Bagaimana hendak menilai, itu terpulang kepada saudara yang menonton. Kerana dalam sejarah, yang menjadi persoalan adalah perspektif. Selamat menonton.

Video ini dipaut dari blog http://10tahun.blogspot.com/ kepunyaan Fahmi Reza.

Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo.

Born Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tasbih Kafarah..

Photobucket

I am Who I am..